Ustaz Azhar Idrus Lawak Sempoi

on Sunday, October 26, 2014

 Diantara koleksi menarik antara Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan orang ramai!!


Ø  Soalan.. : Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin? 
Ustaz : Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

Ø  Soalan.. : Selepas dengar ceramah ustaz  ini apa patut dibuat? 
Ustaz : Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau. 

Ø  Soalan.. : Ular dan kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini? 
Ustaz: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan. 

Ø  Soalan.. : Apa hukum besarkan payudara? 
Ustaz : Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tapi dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh.. 

Ø  Soalan : Bolehkah bergambar bersama dengan makwe? 
Ustaz : Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah. 

Ø  Soalan : Apa hukum asyik teringat kekasih lama? 
Ustaz : Ini soal hati, x berdosa, sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat-ingat.. 

Ø  Soalan : Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut, tolong saya ustaz... 
Ustaz : Nak kentut pun mintak tolong aku... kentut kena tahan sendirilah. 

Ø  Soalan : Betul ke ustaz kata pakai tudung tu tak wajib? 
Ustaz : Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan tak nampak... tapi tebuk sikit lubang untuk mata...

Ø  Soalan : Di mana ustaz beli kopiah? 
Ustaz : Mentang-mentang boleh tanya soalan, itupun tanya, nasib baik tak tanya kat mana aku beli underware.....

Ø  Soalan : Macam mana nak nasihat kawan bercouple?
Usztaz : Nak suruh dia berhenti nanti dia kata kamu jealous.Jadi,nasihati dia "bercouple jangan sampai zina".


Ø  Soalan : Wajibkah wanita pakai stokin?
Ustaz : Tak wajib & tak berdosa kalau tak pakai.Tak pakai seluar pun tak berdosa.Yang wajibnya tutup aurat.

Ø  Soalan : Apa hukum isteri peluk suami?
Ustaz : Harus jika naik motor,isteri takut jatuh ketika selekoh.Makruh untuk keseronokan.


Ø  Suami wajib memberi makan isteri 2 kali sehari.Selebihnya Sunat.Jika isteri kuat makan,kasilah lebih,siapa suruh kahwin dengan orang kuat makan.

Ø  Kamu mungkin sedang mimpikan keindahan malam pertama pernikahan.Tapi pernah terfikir tak tentang malam pertama kamu dalam kubur nanti.

Ø  Soalan : Dosakah tak dapat menolak cinta?
Ustaz : Tak sebab cinta itu FITRAH,berdosa bila ia menjadi FITNAH. Elok jangan rapat dengan orang yang mudah tergoda.

Ø  Soalan : Apakah adab-adab yang perlu dijaga bila bercouple?
Ustaz : Bercouple tu haram,mana ada adab untuk buat perkara yang haram.Kalau ada aku pun nak bercouple.


Ø  Soalan : Apa hukum simpan gambar wanita ?
Ustaz : Harus jika wanita itu nenek kita.Tapi kalau bukan mahram dan simpan kerana nafsu,hukumnya Haram.

Ø  Soalan : Setiap kali nak tidur,rasa macam ada hantu di bawah katil.Apa patut dibuat?
Ustaz : Tukar katil yang tak ade kaki=)..Amalkan baca 3 Qul

Ø  Soalan : Hukum membuat wanita menangis ?
Ustaz : Berdosa jika dia menangis kerana kita sengaja sakitkan hati.Harus jika dia menangis gembira sebab kita ajak kahwin.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet