Sinopsis Dan Trailer Sepah The Movie

on Sunday, December 2, 2012


Sepah The Movie filem lakonan Shuib, Jepp dan Mamat (dahulunya dikenali dengan Kumpulan Sepah) bakal muncul menerusi lakonan filem sulung mereka berjudul Sepah The Movie. Sepah The Movie merupakan sebuah filem aksi komedi mengisahkan ragam tiga sahabat, Jepp, Shuib dan Mamat yang obses dengan motor cross.

Ia menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross. Bagaimanapun Sepah terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka, semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu sofea, apakah kesudahannya?apakah sebenarnya Yang menjadi rahsia bila mengetahui hubungan yang pernah terjalin di antara Shuib dan Ayu satu ketika dulu.


Filem yang turut dijayakan Jehan Miskin, Anzalna, Azrul Raja Lawak, Pak Yus Jambu dan ramai lagi akan ditayangkan bermula pada 29 November 2012.



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet