DUNIA NETWORKING (E-DAGANG)

on Thursday, September 20, 2012



DUNIA NETWORKING (E-DAGANG)
Sebut tentang NETWORKING pelbagai andaian dan tekaan berlegar dalam otak setiap orang,tak kurang juga yang mengagumi dan tidak kurang juga yang mencemuh. Bayangkan hari ini NETWORKING merupakan salah satu cabang perniagaan dunia. Hari ini Networking telah berjaya melahirkan bukan sahaja golongan yang bergelar JUTAWAN tetapi melahirkan ramai yang berstatus JUTAWAN MUDA.

NETWORKING lebih sinonim dengan perkataan atau konsep pemasaran E-DAGANG (membina rangkaian) yang menggunakan internet sebagai platform untuk meraih pendapatan yang lumayan selari dengan titik peluh atau usaha dalam mempromosi atau memasarkan perniagaan. Walaupun networking atau E-dagang hanya menggunakan modal yang kecil tetapi percaya atau tidak perniagaan ini dapat memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada networkers(Pembina rangkaian).

Telah ramai yang bergelar jutawan dengan menggunakan Platform internet. Harini salah seorang yang gah dimata dunia ialah Bill Gate. Bill Gate merupakan pengasas kepada Microsoft. Bayangkan mengikut fakta,purata pendapatan beliau mencecah 1 juta setiap 4 saat.

Dikala mata dunia sibuk memandang kejayaan anak muda Eropah tersebut, Lahir pula anak muda melayu yang berjaya mencipta nama dalam perniagaan e-dagang hanya dengan memasarkan peta Malaysia melalui internet. Kini beliau lebih dikenali sebagai jutawan muda Malaysia, Dr Irfan Khairi berjaya meraih pendapatan mencecah 1 juta sebulan ketika berusia 25 tahun.

Inilah kekuatan dalan dunia Networking. Bayangkan konsep membantu lebih menjayakan diamalkan dalam ahli kumpulan networking,tiada istilah mencapai kejayaan secara individu.kejayaan diraih berdasarkan kejayaan membantu rangkaian untuk berjaya. Jika seseorang itu mengikuti dunia sebagai seorang networkers dengan cara dan amalan yang betul,akan melahirkan rasa cinta ke dunia ini. Networking merupakan salah satu cabang perniagaan yang menarik untuk diceburi oleh setiap golongan yang ingin mencapai kebebasan wang dan kebebasan masa.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi,saya karang sebagai coretan sekadar untuk berkongsi pandangan dan pendapat,jika ada yang kurang menyukai hasil nukilan ini,saya mohon beribu kemaafan segala yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik pula datang daripada Yg Maha Esa. 
Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Riski Syendi said...

kita juga punya nih artikel mengenai 'Network', silahkan dikunjungi dan dibaca , berikut linknya http://repository.gunadarma.ac.id/bitstream/123456789/5186/1/DOKUMEN%20PRESENTASI.pdf
terimakasih


June 13, 2013 at 7:27 PM
fadil said...

Terimakasih, artikel yang menarik~
Kunjungi website kami:
https://journal.uhamka.ac.id/index.php/rektek/index


September 26, 2021 at 12:10 AM
 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet