SINOPSIS CERITA SAM

on Tuesday, August 28, 2012



Sedang orang lain sibuk beraya, street pulak sibuk usya cerita baru dekat pawagam..hehe..orang ajak pergi je la kan..kepada pasangan2 couple..blh la jadikan filem nie pilihan untuk tontonan bersama..sebab cerita ni jiwang dan romantik sangat..hehehe

Filem yang bertajuk SAM atau tajuk sebenarnya  Saya Amat Mencintaimu ialah arahan pengarah muda Shafiq Yusof, anak bongsu kepada Datuk Yusof  Haslam. Shafiq baru saja berusia 18 tahun tapi sudah diberi kepercayaan oleh bapanya untuk mengarahkan filem SAM. SAM dilakonkan oleh Shaheizy Sam bersama Lisa Surihani serta Syamsul Yusof.

Filem SAM merupakan filem psiko romantik yang mengisahkan tentang Sam (Shaheizy Sam), seorang lelaki biasa yang mahu menjalani kehidupan normal dan bahagia bersama insan tersayang, iaitu kekasih dan bakal isterinya, Lisa (Lisa Surihani). Sam dan Lisa bekerja di sebuah syarikat percetakan. Malangnya Lisa mempunyai ramai peminat termasuk seorang lelaki psiko bernama Haikal (Azad Jazmin).  Pada masa yang sama juga Jefri turut menaruh harapan pada Lisa.

Lelaki psiko, Haikal amat mencintai Lisa dan sanggup berbuat apa saja untuk memiliki Lisa. Akibatnya, Lisa sering diganggu oleh Haikal dan timbulnya konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.
Apabila Lisa menolak cinta Haikal, bertambah psiko diri Haikal yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa cintanya tidak berbalas. kemuncaknya Haikal menculik Lisa dan Sam bagi membalas dendam. Tetapi berbagai persoalan timbul bila penculikan ini menjadi tanda tanya,siapakah Sam sebenarnya? Siapakah Haikal Sebenarnya? Siapakah Jefri sebenarnya? Siapakah yang bersalah?

 Hehe,kalau street cerita semua nanti tak ada la orang suspen lagi,jadi lebih baik tengok sendiri baru la seronok kan..sesiapa yang taka da masa nak pergi dekat pawagam boleh download dekat link dibawah ni..selamat menonton..

Trailer filem nie : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZXbLkbkFiUwhttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZXbLkbkFiUw

Download HD SAM
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet