Cerita Sebenar Disebalik Mogok Lapar Tahanan Palestine

on Wednesday, May 16, 2012

hangat sekarang berita mengenai mogok lapar oleh Tahanan Palestine. Di FB pun ramai yang memberi sokongan ,tapi apakah perkara sebenar yang berlaku?kenapa tentera Israel terlalu kejam kepada rakyat Palestine?
semuanya menjadi tanda tanya!  Israel berjaya mengaburi mata kita dan menyembunyikan semua kesalahan dan kekejaman dari mata dunia..

Sebab itulah Tahanan Palestine membuat mogok lapar,
Demi menyampaikan suara hati mereka sebagai manusia yang juga punyai hak,
 Protes mogok lapar ini ialah kempen di mana banduan2 palestine yang dipenjarakan oleh israel melakukan protes lapar supaya beberapa tuntutan mereka dipenuhi..

mereka hanyalah menuntut supaya :-

-memenuhi hak mereka sebagai tawanan perang
-diberikan hak untuk dilawati
-hak pendidikan

apa yang mereka tuntut itu memang patut diberikan kepada mereka kerana telah termaktub dalam undang-undang antarabangsa.Tetapi sayangnya, israel tidak mengikuti undang2 tersebut.Israel bertindak kejam tanpa mengikut undang-undang tanpa belas kasihan. Israel menutup semua akses orang awam untuk memantau dan meninjau keadaan banduan2 palestine yang ditahan. Ini adalah satu bentuk kezaliman. 

oleh itu marilah kita beramai-ramai menyokong kempen ini sebagai salah satu cara kita untuk menyampaikan sokongan kepada mereka.

Warna coklat  sebenarnya ialah warna rasmi bagi banduan yang dicop
 sebagai pejuang berani mati dalam penjara israel. Sebab itu lah pic 
profile yang digunakan untuk kempen ini berwarna coklat. Dan logo
 di pakaian bermaksud perkhidmatan penjara israel. 

Jika anda ingin bersama-sama dalam kempen ini anda juga boleh lakukan
 kempen tersebut melalui facebook dan media sosial yang lain samada
 menyebarkan kempen dan info neh agar lebih ramai orang alert,
 tukar pic profile dan berdoa. 

Buat semua pun boleh, ikut yang mana mampu. Kat bawah neh antara
 pic profile yang  boleh dipilih kalau nak menyatakan sokongan kepada 
protes mogok lapar neh..

Mereka2 yang sedang mogok lapar ialah ;

Bilal Thiab ... 76 Hari

Thaer Halahleh ... 76 Hari

Hassan Safadi ... 70 hari

Omar Abu Shallal ... 68 Hari

Mohammedd Al-Taj ... 60 hari

Mahmoud Sarsak ... 54 Hari

Faris Al-Natur ... 47 hari

Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari

Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari

lebih daripada 2000 Banduan


Jumlah hari mereka telah berlapar adalah berbeza bagi setiap mereka.


 Tak dapat dipastikan sehingga kini. Itupun tak pasti samada mereka semua


 masih hidup ataupun tidak. 

Diantara gambar-gambar yang Boleh Digunakan:-











Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© .:Person With A Shadow:. | All Rights Reserved
Themes ByMr.Sepet